Cari:
Gunung Agung Bakal Meletus, 57,000 Dipindahkan
2017-09-27 13:29:48 CRI Cetak

Lebih 57,000 penduduk terpaksa dipindahkan apabila Gunung Agung di timur Pulau Bali, Indonesia didapati semakin aktif dan mungkin meletus pada bila-bila masa.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional, Sutopo Purno Nugroho dalam sidang media semalam memaklumkan, sebanyak 564 gegaran kecil dikesan di Gunung Agung pada 25 September lalu, yang menunjukkan tenaga seismos gunung berapi itu meningkat dan berpotensi untuk meletus.

Pada masa ini, bila sebenarnya letusan akan berlaku tidak dapat diramal.

Pihak berkuasa melaksanakan larangan zon lingkungan 12 kilometer dari sekitar kawah Gunung Agung demi keselamatan penduduk dan pelancong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China