Cari:
Prayuth: Yingluck di Dubai
2017-09-29 13:09:12 CRI Cetak

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha semalam menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra kini berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), berdasarkan maklumat Kementerian Luar.

Menurut beliau, polis dan Kementerian Luar akan bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengekstradisi Yingluck.

Polis Thailand juga menyatakan bahawa pihaknya akan meminta Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap Yingluck.

Sebelum ini, Thailand telah mengeluarkan waran tangkap serupa terhadap Yingluck.

Mahkamah Agung Thailand semalam mendapati bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra bersalah dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun atas tuduhan cuai dalam pelaksanaan skim subsidi beras.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China