Syarikat penerbangan Lion Air Indonesia membuka laluan penerbangan antara Jakarta dan Haikou, provinsi Hainan China hari ini. Penerbangan ini akan beroperasi dua kali seminggu, dengan mengambil masa empat jam setengah.
Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Hainan telah mengadakan majlis promosi pelancongan Hainan di Indonesia pada bulan lepas untuk menarik lebih ramai pelancong dari negara itu.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Indonesia (ASITA), Asnawi Bahar telah mengadakan tinjauan terhadap sumber pelancongan di Hainan. Menurut beliau, terdapat potensi amat besar yang boleh diteroka dalam industri pelancongan Hainan. Pihaknya bersedia memberi kerjasama untuk menghantar lebih 20 ribu pelancong Indonesia ke Hainan.