Perlumbaan Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Malaysia berakhir semalam dengan pemandu dari Red Bull, Max Verstappen muncul sebagai pemandu termuda menjuarai Grand Prix Malaysia yang menjadi edisi terakhir dianjurkan di negara itu selepas 19 tahun.
Verstappen yang baru berusia 20 tahun menjadi pemenang terakhir SIC setelah dia menamatkan perlumbaan dalam masa satu jam, 30 minit dan 1.290 saat.
Kerajaan Malaysia menamatkan kerjasama dengan F1 setahun lebih awal kerana kosnya terlalu tinggi manakala keuntungannya terlalu rendah.