Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah memeterai perintah eksekutif untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa antirasuah di bawah Pejabat Presiden sebagai langkah untuk menyiasat kes rasuah yang melibatkan penjawat awam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden Khamis lalu, Duterte akan melantik seorang pengerusi dan empat anggota untuk mengetuai jawatankuasa itu, yang bertugas menyiasat penjawat awam dan anggota tentera dan polis yang dilantik oleh Presiden, serta pegawai di syarikat milik negara yang disyaki terlibat dalam kes rasuah.
Duterte mendakwa badan antirasuah sedia ada dikawal oleh pegawai yang dilantik presiden dahulu, tidak menjalankan tugas dengan jujur dan bersekongkol dengan parti pembangkang untuk merosakkan imejnya.