Cari:
70 Suspek Penipuan Dihantar Balik ke China
2017-10-13 11:29:58 CRI Cetak

Lebih 70 suspek warga China yang terlibat dalam kes penipuan internet dihantar balik dari Kemboja ke China semalam.

Sebelum ini, Jabatan Imigresen Kemboja bekerjasama dengan polis China, dan berjaya menangkap lebih seratus suspek di beberapa tempat di Kemboja. Melalui siasatan awal, lebih 70 orang dikenalpasti terlibat dalam kes penipuan internet. Mereka adalah dari provinsi Shandong, Jiangsu dan Henan China, antaranya 14 orang perempuan.

Menurut Jabatan Imigresen Kemboja, pihaknya telah menghantar balik beberapa ratus suspek warga China yang terlibat dalam kes penipuan internet dan memeras ugut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China