Cari:
Dokumentari "China: Time of Xi" Disambut Baik di Singapura
2017-10-17 18:19:40 CRI Cetak

Dokumentari tiga episod "China: Time of Xi" yang diterbitkan oleh Discovery Channel Amerika Syarikat (AS) mula ditayangkan semalam. Ini merupakan dokumentari pertama oleh media perdana di arena antarabangsa yang memberi tafsiran tentang teori pentadbiran negara oleh Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping. Dokumentari ini mendapat sambutan baik di kalangan penonton Singapura.

Sarjana dari Institut Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam Universiti Teknologi Nanyang Singapura (NTU), Dr. Oh Ei Sun berpendapat bahawa dokumentari tersebut mendapat sambutan baik tidak dapat berpisah dengan hasil pembangunan China dalam tempoh lima tahun yang lalu.

"Episod pertama dan kedua dokumentari ini telah menjelaskan bahawa kualiti semakin diberi tumpuan dalam pertumbuhan ekonomi China, bukanlah lagi kuantiti. Pembaikan kesejahteraan rakyat, perkembangan e-dagang, penggunaan tenaga baharu dan tenaga yang boleh diperbaharui adalah bukti kejayaan pertumbuhan ekonomi China." kata Dr. Oh.

Beliau menyatakan, episod ketiga yang bertema "kerjasama dan menang-memang" mendapat perhatian besar olehnya kerana ia memberi tafsiran terperinci tentang inisiatif Jalur & Laluan (B&R), landasan kereta api Mombasa-Nairobi, laluan kereta api China-Eropah dan lain-lain. Episod ini telah menjelaskan konsep "entiti berkongsi nasib" yang dikemukakan oleh Xi, dan memaparkan peluang pembangunan damai China kepada dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China