Menurut maklumat terkini oleh Jawatankuasa Pusat bagi Pencegahan Bencana Alam Vietnam, sejumlah 72 orang maut, 33 cedera dan 30 lagi dilaporkan hilang dalam bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda negara itu baru-baru ini.
Kebelakangan ini, bahagian utara dan tengah Vietnam dilanda hujan lebat yang tidak henti-henti. Provinsi Hoa Binh di utara negara itu telah mengisytiharkan darurat berikutan kemungkinan berlaku lagi banjir lumpur.
Menurut Jabatan Statistik Vietnam, 169 orang dilaporkan maut manakala 232 lagi cedera akibat bencana alam dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Jumlah kerosakan harta dijangka melebihi 21.5 trilion dong (4 bilion ringgit).