Cari:
Negara Jiran Mahu China Terus Dorong B&R Selepas Kongres PKC
2017-10-17 15:04:23 CRI Cetak

Penasihat kanan bagi hal ehwal antarabangsa dari Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Dr. Ei Sun Oh dalam temu bual bersama CRI baru-baru ini berkata, negara-negara serantau amat berharap China akan terus mendorong pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) selepas Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Beijing bulan ini.

Pada pendapat Dr. Oh, komunikasi antara China dengan negara-negara jirannya lebih mendalam dan sistematik melalui inisiatif B&R yang dikeluarkan selepas Kongres Kebangsaan ke-18 PKC.

Kata beliau, China diharap memperluaskan pembangunan B&R untuk mendorong kesalinghubungan perdagangan dan infrastruktur. Negara-negara jiran China mahu meningkatkan sinergi dengannya, dan bersedia bekerjasama di bawah rangka B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China