Cari:
Bandar Marawi Dibebaskan
2017-10-18 10:18:20 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte semalam mengumumkan bahawa bandar Marawi di selatan negara itu telah berjaya ditawan kembali dan dibebaskan daripada cengkaman pengganas.

Duterte dalam ucapan di hadapan pegawai kerajaan dan pasukan tentera tempatan di Marawi semalam berkata bahawa pembangunan semula bandar itu dimulakan serta-merta.

Ketua Turus Tentera Filipina, Eduardo Ano menjelaskan, masih terdapat 20 hingga 30 anggota kumpulan militan bersembunyi di Marawi. Pasukan tentera akan terus berwaspada dan bergabung tenaga dengan penduduk tempatan untuk mengelakkan berlakunya serangan balas pengganas.

Dalam pada itu, pihak tentera akan terus memerangi kumpulan pengganas termasuk Abu Sayyaf dan Maute di pulau Mindanao.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China