Cari:
Kongres Kebangsaan ke-19 PKC Jadi Tumpuan Negara ASEAN
2017-10-19 11:01:24 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) dirasmikan di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam. Xi Jinping mewakili Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC membentangkan laporan serta pelan induk pembangunan China pada masa akan datang. Kongres ini menjadi tumpuan perhatian media, sarjana, dan pegawai kerajaan negara-negara ASEAN.

Wartawan dari Sin Chew Dailay Malaysia, Lu Xiuqin menganggap bahawa Kongres kebangsaan ke-19 PKC diadakan pada masa yang amat penting bagi pembangunan China. Kongres ini menyimpulkan pengalaman dan usaha China dalam lima tahun lalu, di samping membuat pelan induk bagi pembangunan pada masa akan datang. Kongres ini membawa makna amat penting. PKC mengambil tindakan berkesan untuk mengintensifkan pembaharuan, di samping itu memperlihatkan visi dan kebijaksanaan China kepada dunia.

Profesor Madya Wang Jiangyu dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) memetik Xi Jinping yang menyatakan dalam laporannya bahawa China akan menubuhkan kumpulan pimpinan pusat bagi pentadbiran negara di sisi undang-undang. Ini merupakan langkah penting dalam proses China meningkatkan kepemimpinan berdasarkan undang-undang, sekali gus mencerminkan pentingnya isu perundangan dalam pembaharuan di China pada fasa kini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China