Cari:
Wilson Lee Flores: Laporan Kongres Kebangsaan ke-19 PKC Tunjukkan Kepercayaan China
2017-10-22 13:05:58 CRI Cetak

Laporan oleh Xi Jinping dalam Kongres Kebangsaan Ke-19 Parti Komunis China (PKC) menjadi tumpuan perhatian orang ramai. Kolumnis terkenal dari akhbar Philippine Star yang juga sarjana isu politik antarabangsa, Wilson Lee Flores ketika diwawancara oleh wartawan Radio Antarabangsa China (CRI) menyatakan bahawa laporan Xi yang menjelaskan matlamat pembangunan China menjelang pertengahan abad ke-21, bukan sahaja memperlihatkan kebijaksanaan dan pandangan jauh pemimpin China, tetapi juga mempertunjukkan visi, keyakinan dan sasaran China.

Menurutnya, China menetapkan matlamat pembangunan untuk jangka masa panjang juga bererti penting bagi negara-negara Asia. Laporan Xi tersebut mencerminkan kepercayaan sistem China sendiri. Ini turut memberikan galakan kepada beberapa negara di Asia.

"Sistem China mempunyai banyak perkara yang perlu dipelajari oleh negara-negara membangun di dunia. Kejayaan China turut menunjukkan bahawa negara Asia boleh mewujudkan pembangunan mengikut pendekatan sendiri, dan tidak semestinya mematuhi sistem politik, ekonomi dan budaya negara Barat." katanya.

Beliau turut menyanjung tinggi inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) kerana ia amat penting bagi negara Asia khususnya Filipina, kerana matlamatnya ialah mewujudkan situasi menang-menang dan pembangunan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China