Cari:
Duta Besar Laos Hargai Laporan Xi Jinping
2017-10-22 13:15:07 CRI Cetak

Duta Besar Laos ke China, Vandee Boutthasavong melawat Radio Antarabangsa China (CRI) dan ditemu bual pada 20 Oktober lalu. Beliau menyanjung tinggi hasil pembangunan China dalam lima tahun yang lalu dan laporan oleh Xi Jinping pada Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC).

Beliau berkata, Xi dalam laporannya menegaskan bahawa China akan mewujudkan matlamat semua penduduk di kawasan luar bandar keluar daripada kemiskinan menjelang 2020. Ini amat memberangsangkan. Dasar-dasar China yang berkenaan perlu dicontohi oleh Laos.

Vandee amat memberikan tumpuan terhadap dasar luar China khususnya terhadap negara-negara jiran. Beliau berkata, "dasar luar China bukan sahaja mendatangkan manfaat besar kepada ekonomi China, malah keamanan serantau dan dunia."

"Inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), sidang kemuncak APEC, sidang kemuncak G20 dan lain-lain, membuktikan bahawa peranan China kian penting di peringkat serantau dan dunia, dan semua ini dilihatkan sebagai sumbangan China bagi perkembangan dan keamanan dunia."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China