Cari:
ASEAN Tingkatkan Kerjasama Antikeganasan dengan Rakan Dialog
2017-10-24 11:20:45 CRI Cetak

Menteri-menteri pertahanan sepuluh negara ASEAN dalam kenyataan bersama semalam, mengumumkan mesyuarat mereka dengan rakan-rakan dialog (ADMM-Plus) akan diadakan setiap tahun berbanding dua hingga tiga tahun sekali dulu.

Keputusan itu adalah untuk meningkatkan kerjasama pertahanan sesama ASEAN, serta antara ASEAN dengan rakan dialog, bagi mencegah penyebaran keganasan di Asia Tenggara demi kedamaian dan kestabilan serantau.

Para menteri dalam kenyataan yang dikeluarkan di Filipina itu, menegaskan akan mengekalkan status dan peranan ASEAN dalam isu keselamatan serantau.

Kenyataan tersebut juga menyebut, negara-negara ASEAN menyedari peri pentingnya memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan dan berpendapat pihak-pihak terbabit perlu meningkatkan rasa saling mempercayai, bersabar dan bertenang, serta mengelakkan tindakan yang menegangkan situasi.

ASEAN mengalu-alukan pencapaian rangka Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan dan berharap Deklarasi Tatalaku (DoC) Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan dilaksanakan sepenuhnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China