Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bertemu dengan Presiden AS, Donald Trump dalam kunjungan ke Rumah Putih semalam.
Dalam sidang akhbar bersama selepas pertemuan itu, Lee menyatakan bahawa beliau dan Trump bersetuju terus mempererat perkongsian yang sudah dijalin lebih 51 tahun, di samping memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi dan keselamatan.
Trump pula menyatakan bahawa kedua-dua negara akan terus meningkatkan kerjasama dalam bidang penguatkuasaan undang-undang, antikeganasan dan keselamatan siber.
Kali terakhir Lee mengunjungi Rumah Putih adalah pada Ogos tahun lalu. Pertemuan dengan Trump ini pula adalah yang kedua, selepas Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hamburg.