Vietnam menetapkan sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) bagi tahun depan pada kadar 6.5% hingga 6.7%.
Dalam satu mesyuarat parlimen semalam, Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc membentangkan laporan pembangunan sosioekonomi Vietnam tahun ini dan sasaran awal bagi tahun depan.
Laporan itu menyebut, sasaran peningkatan eksport Vietnam adalah antara 7% hingga 8%, manakala kadar pengangguran dikawal pada paras 4% ke bawah.