Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping dalam laporan pada Kongres Kebangsaan ke-19 PKC, melahirkan komitmen China untuk terus membuka pintu kepada dunia luar.
Pakar isu China dari Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa Indonesia, Christine Susanna Tjhin menganggap hal ini selaras dengan hasrat masyarakat antarabangsa.
Dalam temu bual bersama CRI baru-baru ini, beliau menyatakan bahawa sekarang muncul pihak yang menentang globalisasi dan populisme. Dalam konteks ini, masyarakat antarabangsa mengharapkan China memainkan peranan yang lebih besar untuk mendorong kerjasama antarabangsa dan meningkatkan kebebasan perdagangan dan pelaburan, agar manfaat dapat dikongsi bersama.
Laporan tersebut juga menyebut bahawa China akan memperkasakan kerjasama antarabangsa di bawah inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).
Christine berkata, inisiatif B&R mempunyai banyak persamaan dengan strategi "fulkrum maritim global" Indonesia. Penyelarasan strategi antara kedua-dua negara ini akan memberi kesan positif kepada kemakmuran dan pembangunan serantau.