Mekanisme talian hangat urusan pertahanan ASEAN dihidupkan secara rasmi semalam, sempena Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-11 dan ADMM dengan rakan dialog (ADMM-Plus) ke-4 di Filipina.
Upacara menghidupkan mekanisme itu dipengerusikan Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana dan disaksikan oleh para menteri ASEAN.
Menteri-menteri pertahanan ASEAN dalam satu kenyataan bersama berkata mekanisme tersebut akan memudahkan komunikasi langsung sesama mereka, di samping memperkukuh kerjasama keselamatan, khususnya keselamatan maritim, serta menghapuskan salah faham yang mungkin wujud.
Lorenzana berpendapat, adanya talian hangat berkenaan bermakna ADMM dan ADMM-Plus bukan sekadar platform dialog, tetapi mekanisme kerjasama pragmatik dalam bidang pertahanan.
Mekanisme talian hangat urusan pertahanan ASEAN dicadangkan oleh Brunei ketika negara itu menjadi pengerusi bergilir ASEAN pada 2013.