Cari:
TPM Thailand: Kongres PKC Signifikan bagi Dunia
2017-10-25 12:35:12 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) akan membawa impak besar kepada pembangunan dunia dan cukup signifikan.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wissanu Krea-ngam ketika diwawancara oleh media China semalam.

Menurut beliau, pemikiran sosialisme bercirikan China untuk era baharu yang dikemukakan oleh Xi Jinping amat bermakna bagi Thailand bahkan dunia.

Beliau menyarankan negara-negara lain termasuk Thailand mengkaji ciri-ciri istimewa China supaya dapat membuat persiapan dan menyelaraskan strategi pembangunan masing-masing dengan China secara lebih baik.

Wissanu menyatakan bahawa Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha telah berkali-kali menekankan pentingnya menimba pengalaman China dalam melaksanakan pembaharuan dan pembangunan.

China kini sedang menggalakkan pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), manakala Thailand mengusahakan strategi 4.0 pembangunan negara.

Beliau berpendapat kedua-dua negara boleh saling mempelajari.

PKC menyatakan bahawa sosialisme bercirikan China telah memasuki era baharu, dan percanggahan utama didepani masyarakat China telah berubah menjadi percanggahan antara keperluan rakyat terhadap kehidupan lebih baik dengan pembangunan yang kurang seimbang dan holistik.

Wissanu beranggapan bahawa hal ini jelas mencerminkan tekad China untuk menyeimbangkan pembangunan negara, dengan memfokuskan pentadbiran di sisi undang-undang, perlindungan alam sekitar dan pembangunan seni budaya, selain mengejar pertumbuhan ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China