Cari:
AS, Singapura Gesa DPRK Batal Program Nuklear
2017-10-25 12:04:17 CRI Cetak

AS dan Singapura bersama-sama menggesa agar tekanan lebih besar diberi kepada Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) hingga negara itu membatalkan program nuklear dan peluru berpandunya.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan White House semalam menyebut, Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengecam tindakan DPRK terus membangunkan senjata nuklear dan peluru berpandu secara haram.

Tindakan itu disifatkan sebagai ancaman besar kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Mereka akan mempertimbangkan langkah tambahan untuk membawa DPRK ke meja rundingan.

Selain isu nuklear tersebut, kedua-dua pihak juga mencapai hasrat kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Lee mengadakan lawatan kerja rasmi ke AS bermula 21 hingga 26 Oktober ini atas undangan Trump.

Dalam tempoh lawatan itu, kedua-dua pihak menandatangani kontrak pembelian 39 pesawat Boeing badan lebar bernilai USD13.8 bilion (RM58 bilion) oleh Singapore Airlines.     

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China