Cari:
Kerjasama B&R Untungkan Semua
2017-10-25 16:59:47 CRI Cetak

Ketua Persatuan Wartawan China Thailand, Chaiwat Wanishwattana ketika diwawancara oleh CRI menyatakan bahawa Parti Komunis China (PKC) dalam kongres kebangsaan ke-19 menunjukkan imej China yang yakin dan kuat kepada dunia.

Pada pandangan beliau, kerjasama antarabangsa di bawah inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) menguntungkan semua negara terlibat, dan membantu menghapuskan kebimbangan mereka terhadap apa yang disebut "teori ancaman China".

Beliau yang juga editor kanan akhbar Settakij Thailand berkata, pelbagai lapisan masyarakat tempatan sedang mengkaji pengalaman dan mod pembangunan China bagi membolehkan projek Koridor Ekonomi Timur Thailand di bawah strategi 4.0 diselaraskan dengan inisiatif B&R demi memacu pembangunan sosioekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Pasir Dilitupi Salji

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China