Cari:
Pengalaman China Inspirasi Negara Lain
2017-10-25 13:01:17 CRI Cetak

Ketua Komisi I Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, Abdul Kharis Almasyhari mengucapkan tahniah kepada Parti Komunis China (PKC) atas kejayaan kongres kebangsaan ke-19 yang ditutup semalam di Beijing.

Beliau dalam temu bual bersama CRI menyatakan bahawa pengalaman pembangunan China menjadi inspirasi kepada negara-negara serantau.

Kata beliau, pembangunan China signifikan bagi seluruh dunia.

Hubungan antara Indonesia dan China berkembang baik beberapa tahun kebelakangan ini. Indonesia mahu mengekalkan hubungan persahabatan yang rapat dengan China supaya hasil pembangunan China dapat dikongsi.

Abdul Kharis menghargai komitmen China mengekalkan jalan pembangunan secara damai dan mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan, yang ditegaskan dalam laporan Xi Jinping pada kongres PKC.

Beliau menambah bahawa dengan latar belakang bangkit fahaman perlindungan perdagangan yang menjejaskan globalisasi, semua pihak perlu sehaluan dalam kerjasama, selaras dengan hala tuju pembangunan dunia. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China