Cari:
Panggung Angkor, Usaha Sama China-Kemboja
2017-10-26 12:39:42 CRI Cetak

Panggung Angkor di Siem Reap, yang dibina atas usaha sama Syarikat Rombongan Akrobatik Deyang Sichuan China dengan pihak Kemboja, dibuka secara rasmi semalam, dengan persembahan perdana "Dinasti Angkor".

Majlis pembukaan panggung itu dihadiri Pengarah Pejabat Konsul Kedutaan China di Kemboja, Liu Zhijie, wakil Kementerian Kebudayaan Kemboja dan Timbalan Gabenor Siem Reap.

Panggung Angkor merupakan kompleks pelancongan dan kebudayaan berteraskan seni pentas, yang dapat memuatkan lebih 1,200 penonton. Dua pertiga kompleks seluas 6,000 meter perseginya adalah kawasan komersial.

Presiden Persatuan China Kemboja, Fang Qiaosheng menyatakan bahawa projek itu membantu meningkatkan imej Siem Reap dan menjadi mercu tanda sektor pelancongan tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China