Cari:
HK, Singapura Jalin Kerjasama Teknologi Kewangan
2017-10-26 14:15:24 CRI Cetak

Pihak berkuasa kewangan Hong Kong China dan Singapura memeterai perjanjian kerjasama dalam bidang teknologi kewangan, semalam.

Menurut perjanjian tersebut, kedua-dua pihak akan merapatkan kerjasama dalam penerokaan projek dan urus niaga inovatif, perkongsian maklumat serta pertukaran kemahiran profesional.

Ketua Eksekutif Lembaga Kewangan Hong Kong (HKMA), Norman Chan menyatakan bahawa Hong Kong dan Singapura, selaku dua pusat kewangan antarabangsa utama di rantau ini, aktif mengguna pakai dan memajukan teknologi kewangan.

Kerjasama kedua-dua pihak akan membawa kesan ketara untuk menggalakkan perkembangan teknologi dan integrasi kewangan hingga mencapai hasil saling menguntungkan.

Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Revi Menon pula menyatakan bahawa Singapura dan Hong Kong telah menjalin kerjasama rapat dalam bidang kewangan dan perdagangan. Kerjasama baharu ini dapat meluaskan saluran pembiayaan bagi perdagangan antara kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China