Jumlah import produk ASEAN oleh provinsi Fujian, China pada bulan September mencatat RMB6.8 bilion (RM4.3 bilion), meningkat lebih 36% berbanding masa sama tahun lalu, sekali gus mengekalkan pertumbuhan selama 13 bulan berturut-turut.
Sepanjang tiga suku pertama tahun ini, jumlah perdagangan antara Fujian dengan ASEAN hampir RMB139 bilion (RM89 bilion), meningkat 18.7% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Antara sepuluh negara ASEAN, Filipina merupakan rakan dagang terbesar bagi Fujian.