Singapura dan Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut, antara tiga yang terdepan dari segi indeks pengukur kesalinghubungan yang disasarkan inisiatif Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21.
Tafsiran mengenai indeks tersebut dikeluarkan oleh Pusat Kesalinghubungan Global, Universiti Peking dalam Forum Pembangunan Laluan Sutera Maritim keempat yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.
Lima aspek kesalinghubungan yang diukur adalah koordinasi dasar, kesalinghubungan kemudahan, kelancaran perdagangan, integrasi kewangan dan persefahaman rakyat.
Tafsiran tersebut menyebut bahawa kesalinghubungan antara pelabuhan serantau akan membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara-negara sepanjang laluan sutera maritim, malah ekonomi global.