Satu forum pembangunan sempena ulang tahun ke-4 Laluan Sutera Maritim diadakan di Kuala Lumpur kelmarin.
Dalam subforum bertema "Kerjasama China-Malaysia dan Pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21", sarjana-sarjana dari China dan Malaysia sebulat suara bahawa inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) akan menjadi saluran penting untuk mewujudkan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China , yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Abdul Majid Ahmad Khan berkata Malaysia menyokong pembangunan B&R, dan betul-betul mendapat keuntungan daripada inisiatif tersebut.
Beliau berpendapat bahawa pemaktuban B&R dalam Piagam Parti Komunis China (PKC) akan terus mendorong pelaksanaan inisiatif itu.
Ketua Pusat Kesalinghubungan Global, Universiti Peking, Zhai Kun berpendapat, Kongres Kebangsaan ke-19 PKC telah menetapkan hala tuju pembangunan B&R, iaitu menjadi saluran utama untuk merealisasikan wawasan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Dr Oh Ei Sun dari Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia pula menyatakan bahawa B&R akan menjadi platform utama untuk mewujudkan komuniti berkongsi nasib sesama insan. Negara-negara Asia Tenggara akan menyertai inisiatif itu dengan lebih giat.