Cari:
Syarikat China, Rakan Kongsi Sukan Asia Jakarta
2017-10-30 14:50:54 CRI Cetak

Syarikat New Energy Guangdong China telah menandatangani satu perjanjian dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Jakarta 2018 untuk menjadi rakan kongsi rasmi bagi temasya sukan tersebut.

Dalam majlis penandatanganan perjanjian itu, pengerusi jawatankuasa tersebut, Eric Thohir memuji Guangzhou yang pernah mengadakan Sukan Asia 2010 dengan jayanya.

Melihat kepada pengalaman Guangzhou yang juga berjaya meneroka potensi pasaran yang berkaitan, penganjur Sukan Asia Jakarta memilih bandar tersebut sebagai stesen pertama di China untuk mempromosikan Sukan Asia 2018.

Sukan Asia ke-18 akan diadakan di Jakarta Indonesia pada 18 Ogos 2018 dengan slogan "Asia Energy".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China