Cari:
Laporan Ekonomi Malaysia Tumpu Keuntungan B&R
2017-10-30 14:52:25 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan laporan ekonomi tahun 2017-2018 di Kuala Lumpur, Jumaat minggu lalu.

Laporan itu menyebut bahawa pembangunan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China akan membuka pasaran baharu kepada Malaysia, di samping merancakkan penjualan produk dan perkhidmatan tempatan serta menarik pelaburan asing.

Laporan tersebut, yang disampaikan Najib semasa pembentangan Bajet 2018 di Parlimen, turut memberi tumpuan kepada prospek dan prestasi ekonomi global, dengan perhatian khusus terhadap inisiatif B&R.

Pembangunan B&R dianggap membantu mengintegrasikan sumber ekonomi dan menyelaraskan dasar ekonomi negara-negara terlibat sehingga menggalakkan pembangunan bersama.

Menurut laporan itu, jumlah perdagangan antara Malaysia dengan negara dan kawasan yang terlibat dalam B&R telah melebihi RM850 bilion, dan dijangka terus naik seiring dengan pelaksanaan inisiatif itu pada masa akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China