Cari:
Latihan SAR China Bersama Negara ASEAN Berjaya Diadakan
2017-11-01 11:01:13 CRI Cetak

China dan negara-negara ASEAN mengadakan latihan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan perairan Laut China Selatan dengan jayanya semalam. Latihan bersama ini merupakan yang berskala paling besar antara China dengan ASEAN, dan juga sebahagian kerjasama pragmatik untuk menggalakkan pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC).

Naib Menteri Pengangkutan China selaku pengarah latihan itu, He Jianzhong menyatakan bahawa kapal, pesawat, pasukan SAR dan anggota penyelaras yang terlibat dalam latihan itu menunjukkan taraf keprofesionalan yang amat tinggi.

China dan ASEAN perlu merebut peluang ini untuk meneroka model kerjasama SAR maritim serantau supaya menyediakan perkhidmatan dan jaminan yang lebih baik kepada rakyat pelbagai negara.

Kira-kira seribu anggota SAR dengan 20 buah kapal dan tiga buah pesawat dari tujuh negara iaitu China, Thailand, Filipina, Kemboja, Myanmar, Laos dan Brunei Darrusalam menyertai latihan ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China