Cari:
Kemboja, Laos Selesai Latihan Mengesan Periuk Api
2017-11-02 14:06:12 CRI Cetak

Seramai 59 pegawai dari Kemboja dan Laos selesai mengikuti program latihan mengesan dan menghapuskan periuk api dan bahan letupan yang dijalankan di Universiti Kejuruteraan Tentera Darat milik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) di Nanjing.

Dalam satu majlis yang diadakan semalam untuk menandakan berakhirnya program latihan enam minggu itu, kerajaan China telah menyampaikan sumbangan berbentuk peralatan mengesan periuk api serta kelengkapan untuk perlindungan kepada pasukan Kemboja dan Laos.

Wakil pasukan Kemboja dan Laos menyanjung tinggi program latihan itu, yang dikatakan membantu meningkatkan keupayaan mereka menjalankan misi. Mereka turut mengucapkan terima kasih atas bantuan kemanusiaan yang dihulurkan oleh China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China