Cari:
Perdagangan China-ASEAN Akan Melonjak Jika Bebas Tarif
2017-11-02 14:15:50 CRI Cetak

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 ASEAN, manakala tahun depan merupakan ulang tahun ke-15 hubungan rakan strategik China-ASEAN.

Duta Besar Indonesia ke China, Soegeng Rahardjo dalam satu wawancara eksklusif menyatakan bahawa perdagangan China-ASEAN akan berkembang pesat sekiranya dasar bebas tarif diamalkan.

Beliau yakin inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China selaras dengan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN 2025. China dan ASEAN mampu memberi sumbangan positif terhadap pertumbuhan ekonomi serantau bahkan pemulihan ekonomi global.

Menurut jadual pengurangan tarif Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), sesetengah produk tertentu yang diperdagangkan di Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN dan CAFTA akan dibatalkan tarif.

Soegeng Rahardjo yakin bahawa dasar bebas tarif bermanfaat kepada kerjasama bilateral, di samping meningkatkan semangat dan keefisienan negara ASEAN dalam penghasilan produk mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China