Penerbangan terus antara Beijing dan Cebu, Filipina akan mula beroperasi pada 26 November ini.
Laluan yang diusahakan oleh Philippine Airlines dengan pesawat Airbus model A321 itu menjadualkan penerbangan setiap Ahad, yang bertolak dari Beijing pada 3.55 pagi dan tiba di Cebu pada 9.00 pagi.
Cebu merupakan hab transit kedua terbesar di Filipina. Laluan penerbangan baharu ini akan memudahkan penumpang dari China ke pelbagai destinasi di negara itu tanpa perlu ke Manila terlebih dahulu.
Pegawai sekretariat Biro Pelancongan Negara Filipina di Beijing, Puan Genesis Raenani G. Renos berkata, penerbangan itu akan membawa lebih banyak pelancong China ke Cebu dan pulau-pulau di sekitarnya.