Cari:
China, Malaysia Kerjasama Latih Tenaga Profesional Kereta Api
2017-11-03 14:42:13 CRI Cetak

Kumpulan China Communication Construction Company (CCCC) telah menandatangani satu perjanjian dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengenai pelaksanaan program latihan tenaga profesional dalam industri kereta api.

Kerjasama ini akan menggalakkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dikendalikan atas usaha sama China dan Malaysia, serta pembangunan industri kereta api di Malaysia.

Menurut perjanjian, pihak China menyediakan sokongan berbentuk dana, manakala sesi latihan dikelolakan oleh UMP.

Sesi latihan pertama selama tiga bulan telah bermula pada September lalu dengan penglibatan seramai 50 pelatih. Sesi kedua dijadualkan bermula pada Disember nanti.

Seramai 3,600 pelatih dijangka dilatih menerusi program tersebut menjelang tahun 2022.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China