Cari:
China Percepat Integrasi Pelan Pembangunan dengan Vietnam, Laos
2017-11-03 14:49:33 CRI Cetak

China akan meningkatkan kerjasama dengan Vietnam dan Laos bagi mempercepat proses integrasi pelan pembangunan negara antara satu sama lain, di samping menggalakkan kegiatan perdagangan dan pelaburan dua hala, serta pembinaan zon kerjasama ekonomi rentas sempadan dan kawasan sempadan.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng yang menyatakan demikian di Beijing semalam, menjelaskan bahawa langkah itu akan mewujudkan situasi yang saling menguntungkan dan menang-menang.

Kata Gao, melihat kepada jumlah import China dari Vietnam yang tumbuh pesat, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara dijangka mencatat USD100 bilion (RM423 bilion) pada tahun ini.

Dalam pada itu, statistik pihak China menunjukkan jumlah pelaburan negara ini terhadap Vietnam mencatat kira-kira USD15bilion (RM64 bilion). Antaranya, anggaran USD1.28 bilion (RM5.4 bilion) dilabur pada tahun lalu, iaitu naik lebih sekali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Kemajuan serupa juga dilihat dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan Laos, yang terus menunjukkan prestasi positif kebelakangan ini. China kini merupakan rakan dagang kedua terbesar bagi Laos, dan semakin banyak syarikat China memilih Laos sebagai destinasi pelaburan mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China