Cari:
Jack Ma: eWTP adalah Peluang bagi Malaysia, Malah Asia
2017-11-04 14:59:26 CRI Cetak

Platform Perdagangan Bebas Digital Malaysia, iaitu platform ujian eWTP (Electronic World Trade Platform) anjuran Alibaba yang pertama di seberang laut beroperasi di Kuala Lumpur semalam. Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Alibaba China Jack Ma menyatakan, eWTP bukan sahaja merupakan peluang bagi Malaysia, malah bagi seluruh Asia.

eWTP yang dicadangkan oleh Jack Ma pada tahun lalu, bertujuan untuk menyediakan satu platform bagi 80% golongan belia dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dunia menyertai perdagangan bebas global.

Jack Ma berkata, pihaknya bukan hanya menubuhkan satu platform perdagangnan bebas, malah membina masa depan yang cerah untuk golongan belia dan PKS. Beliau yakin perdagangan bebas global akan paling awal diwujudkan di Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China