Cari:
Persiapan Xi Jinping ke Persidangan APEC di Vietnam
2017-11-04 14:13:19 CRI Cetak

Naib Menteri Luar China, Li Baodong, penolong Menteri Luar, Chen Xiaodong dan Naib Menteri Perdagangan, Wang Shouwen dalam sidang media semalam telah memperkenalkan persiapan Presiden China, Xi Jinping untuk menghadiri persidangan APEC dan lawatan ke Vietnam dan Laos minggu depan.

Menurut Li Baodong, Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri Sidang Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-25 di Da Nang, Vietnam pada 10 hingga 11 November nanti. Ini merupakan sidang pelbagai hala antarabangsa yang dihadiri pemimpin China untuk pertama kalinya selepas Kongres Kebangsaan ke-19 Pariti Komunis China (PKC) berakhir dengan jayanya. Maka, ia disifatkan amat signifikan dan diberi perhatian besar oleh masyarakat antarabangsa.

Presiden Xi memilih menghadiri persidangan itu mencerminkan China mengambil kira usaha meningkatkan kerjasama ekonomi Asia dan Pasifik. Dalam tempoh persidangan nanti, Presiden Xi akan menghadiri Sidang Kemuncak Industri dan Perniagaan APEC dan menyampaikan ucap tama, menghadiri dua sesi Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC dan jamuan kerja tengah hari, Sidang Dialog antara Pemimpin APEC dengan Pemimpin ASEAN dan Sidang Dialog antara Pemimpin APEC dengan Wakil Dewan Konsultasi Industri dan Perniagaan APEC di samping bertemu dengan pemimpin entiti ekonomi berkenaan.

Ketika memperkenalkan lawatan Presiden Xi ke Vietnam dan Laos pada 12 hingga 14 November nanti, Chen Xiaodong menyatakan bahawa lawatan tersebut merupakan lawatan pertama kalinya pemimpin tertinggi China ke luar negara selepas Kongres Kebangsaan ke-19 PKC berakhir, dan akan membuka tirai bagi usaha diplomatik yang mempunyai keistimewaan tersendiri dengan negara jiran pada era baharu. Manakala, Presiden Xi memilih Vietnam dan Laos sebagai negara pertama untuk dilawat menggambarkan keprihatinan pemimpin China terhadap usaha memperkukuh persahabatan China-Vietnam dan China-Laos serta menggalakkan hubungan perkongsian strategi komprohensif.

Dalam tempoh lawatan nanti, banyak hasil dijangka akan dicapai antara China dengan Vietnam dan Laos. Diyakini lawatan itu akan mendatangkan peluang baharu kepada perkembangan hubungan China-Vietnam dan China-Laos serta kerjasama kesalinghubungan antara China dengan negara-negara Asia Tenggara lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China