Perdana Menteri China, Li Keqiang atas undangan Rodrigo Duterte, Presiden Filipina selaku negara pengerusi bergilir ASEAN, akan menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin ASEAN-China (10+1) ke-20, Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) ke-20, serta Sidang Kemuncak Asia Timur ke-12 yang bakal diadakan di Manila pada 12 hingga 16 November.
Selepas siri mesyuarat itu berakhir, Perdana Menteri Li juga akan mengadakan lawatan rasmi ke Filipina.