Cari:
Pesta Durian Malaysia di Guangxi
2017-11-05 15:12:01 CRI Cetak

Pesta Durian Malaysia 2017 dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi, China semalam. Pesta yang julung kalinya dianjurkan Malaysia di China ini, bertujuan mengharumkan nama buah-buahan Malaysia di China di samping menggalakkan pertukaran dan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang hasil pertanian.

Setelah mendapat lesen dari Jabatan Pentadbiran Am Kawalan Mutu, Pemeriksaan dan Kuarantin Negara China (AQSIQ), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah membawa sebanyak lebih 2,000 buah Musang King ke Nanning kali ini. Anggota delegasinya termasuk lebih 200 wakil industri dan usahawan Malaysia yang juga merancang mempromosikan produk mereka seperti nangka, manggis, nanas dan sarang burung walet serta mencari rakan kerjasama di China.

Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Guangxi, Zhang Xiaoqin dalam majlis perasmian tersebut menyatakan bahawa pesta ini telah membuka tirai kerjasama kedua-dua negara dalam bidang pertanian termasuk buah-buahan. Beliau berharap kedua-dua pihak mempercepat pembentukan mekanisme kerjasama pertanian, dan memanfaatkan sepenuhnya Guangxi sebagai hab perdagangan buah-buahan ASEAN untuk menggalakkan hasil pertanian yang bermutu tinggi dari Malaysia memasuki pasaran China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China