Cari:
Festival Filem China diadakan di Vientiane
2017-11-06 13:31:18 CRI Cetak

Aktiviti "Filem China ke Laos" membuka tirainya dengan majlis tayangan perdana yang diadakan di Vientiane semalam.

Turut hadir untuk memeriahkan majlis itu termasuk Duta Besar China ke Laos, Wang Wentian, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Laos, Ounthuang Khaophan serta wakil-wakil syarikat China dan masyarakat Cina di Laos.

Wang Wentian yang berucap dalam majlis itu berkata, aktiviti "Filem China ke Laos" ini merupakan wadah penting bagi kedua-dua negara untuk memperkaya pertukaran sosiobudaya. China akan terus bekerjasama dengan Laos untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti menarik bagi memupuk semangat muhibah antara rakyat kedua-dua negara.

Ountuhuang Khaophan pula berkata, aktiviti ini amat bermakna kerana diadakan menjelang lawatan rasmi Presiden Xi ke Laos. Beliau melihat aktiviti ini sebagai pentas bagi menonjolkan keunggulan filem China serta kecekapan terjemahan dan alih bahasa, dan berharap lebih banyak filem China dapat dibawa masuk ke Laos untuk menggalakkan persefahaman dalam kalangan rakyat.

Aktiviti "Filem China ke Laos" ini dianjurkan oleh Kedutaan Besar China di Laos dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Laos. Filem-filem China yang diterjemahkan oleh Radio Antarabangsa China (CRI) akan ditayangkan di lapan bandar dan wilayah di Laos sepanjang bulan November hingga Disember.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China