Cari:
Pameran "Keindahan China, Keindahan Vietnam" di Hanoi
2017-11-07 14:27:00 CRI Cetak

Pameran gambar "Keindahan China, Keindahan Vietnam" dirasmikan di Muzium Ho Chi Minh, Hanoi, semalam.

Naib Ketua Pengarah Pejabat Penerangan Dewan Negara China, Guo Weimin, Duta Besar China ke Vietnam, Hong Xiaoyong, Naib Presiden Agensi Berita Vietnam, Nguyen Hoai Duong dan 150 wakil dari kedua-dua negara menghadiri upacara perasmian pameran itu.

Guo Weimin menyatakan, pameran tersebut mempunyai erti istimewa kerana diadakan bertepatan dengan kunjungan Presiden China, Xi Jinping ke Vietnam untuk menghadiri sidang kemuncak tidak rasmi pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), disusuli lawatan rasmi di negara itu. Beliau berharap pameran ini dapat menunjukkan keindahan dan keharmonian alam sekitar serta keeratan ikatan sesama rakyat.

Pameran "Keindahan China, Keindahan Vietnam" ini merupakan hasil kolaborasi kedua-dua negara. Dengan tema "bersahabat dan berjiran baik", pameran ini memaparkan unsur-unsur pemandangan semula jadi, sejarah dan kebudayaan, ekonomi dan perdagangan, interaksi kebudayaan, serta penggabungan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China dengan Rancangan "Dua Koridor, Satu Lingkaran" Vietnam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China