Cari:
Vietnam Harap Tingkatkan Kerjasama dengan China
2017-11-07 14:03:28 CRI Cetak

Minggu persidangan pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2017 diadakan di Da Nang, Vietnam bermula 6 hingga 11 November ini.

Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Vietnam yang juga Pengerusi Sidang Kemuncak Ketua-ketua Pegawai Eksekutif APEC (CEO Summit), Vu Tien Loc berpendapat bahawa persidangan kali ini akan membawa gelombang baharu bagi pembaharuan, pelaburan dan inovasi pada masa depan. Beliau berharap Vietnam dapat memperdalam kerjasama perdagangan dengan China di bawah mekanisme APEC.

Vu Tien Loc menyeru semua anggota APEC berpadu tenaga dengan badan antarabangsa untuk menangani perlindungan perdagangan yang kian menjadi cabaran bagi pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Beliau turut menyarankan agar integrasi dan kerjasama ekonomi ditingkatkan, supaya sasaran untuk mewujudkan liberalisasi pelaburan dan perdagangan dapat dicapai menjelang tahun 2020.

Tambah beliau, Vietnam ingin memperluas kerjasama dengan China dalam bidang prasarana, selain meningkatkan eksport produk Vietnam ke China dan pelaburan syarikat China ke Vietnam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China