Bagi menyemarakkan semangat muhibah dalam kalangan rakyat, Hanoi menjadi tuan rumah kepada pelbagai aktiviti kebudayaan termasuk Nyanyian Bersama Lagu Persahabatan China-Vietnam dan pameran gambar Impresi Indah Guangxi-Vietnam, pada 6 hingga 7 November lalu.
Aktiviti itu menarik penyertaan pegawai kerajaan, wakil syarikat, wartawan, mahasiswa China di Vietnam serta wakil pelbagai lapisan masyarakat tempatan.
Pertandingan Nyanyian Lagu Persahabatan China-Vietnam anjuran Radio Rakyat Guangxi China telah diadakan dengan jayanya sebanyak 12 kali sejak tahun 2005. Aktiviti ini menjadi satu jambatan yang merapatkan ikatan persahabatan antara rakyat China dan Vietnam.