Cari:
Pameran Kebudayaan Bertema Konfusius di Hanoi
2017-11-08 14:35:47 CRI Cetak

Pameran kebudayaan "Kebijaksanaan Konfusius" dirasmikan di Hanoi, Vietnam semalam.

Turut hadir ke upacara perasmian pameran itu, Naib Ketua Pengarah Pejabat Penerangan Dewan Negara China, Guo Weimin, Duta Besar China ke Vietnam, Hong Xiaoyong dan Timbalan Menteri Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan Vietnam, Huynh Vinh Ai.

Guo Weimin berkata, China dan Vietnam berjiran baik, dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara telah bersejarah lama. Interaksi budaya dan tamadun adalah jambatan penting bagi menggalakkan persahabatan.

Beliau yang menganggap fahaman Konfusius bukan sekadar semangat bangsa China tetapi juga lambang budaya Timur, yakin bahawa pameran "Kebijaksanaan Konfusius " ini akan mengukuhkan lagi persefahaman dan ikatan antara rakyat China dan Vietnam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China