Cari:
Minggu Kebudayaan Orang Cina Antarabangsa
2017-11-09 14:15:13 CRI Cetak

Aktiviti Minggu Kebudayaan Orang Cina Antarabangsa 2017 dirasmikan di Pusat Kebudayaan China Singapura semalam.

Puluhan pakar, sarjana dan tokoh profesional dari Singapura, China, Britain dan Hungary telah membincangkan cara menggalakkan perkembangan industri kebudayaan di China dan Asia Tenggara dalam "Forum Industri Kreatif dan Perdagangan Kebudayaan", yang juga majlis perasmian minggu tersebut.

Pengerusi Pusat Bandar Sesuai Didiami Singapura, Liu Thai Ker menyatakan, perancangan bandar bukan sahaja patut menyediakan kehidupan dinamik kepada penduduk, tetapi juga harus menjamin sumber tanah digunakan secara efisien dan pembangunan diwujudkan secara lestari. Antaranya, budaya merupakan unsur penting yang harus dipertimbangkan.

Penyelidik dari Insititut Pengajian Hubungan Antarabangsa Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang Singapura, Oh Ei Sun menyarankan agar China dan Asia Tenggara menggalakkan mekanisme pertukaran antara budaya, khususnya merancakkan interaksi dalam aspek budaya tradisional.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China