Cari:
APEC CEO Summit 2017
2017-11-09 11:00:43 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC CEO Summit) 2017 diadakan di Da Nang, Vietnam semalam. Sidang tahun ini memfokuskan trend baharu globalisasi, integrasi ekonomi serantau dan daya saing perusahaan kecil dan sederahana (PKS).

Presiden Vietnam, Tran Dai Quang ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian menyatakan bahawa kalangan perindustrian dan perniagaan rantau Asia Pasifik sentiasa memainkan peranan perintis dalam sektor teknologi baharu, tenaga, kerjasama komersial, serta mod perdagangan dan pelaburan babaru.

Beliau menggesa para hadirin berusaha bersama-sama demi mewujudkan Matlamat Bogor dengan lebih awal.

Matlamat Bogor yang dikemukakan dalam Sidang Kemuncak APEC di Bogor, Indonesia pada tahun 1994, bermakna entiti ekonomi maju mewujudkan perdagangan dan pelaburan bebas menjelang tahun 2010, manakala entiti ekonomi membangun menjelang tahun 2020.

Lebih 2,000 orang menyertai APEC CEO Summit selama tiga hari ini. Antaranya, perwakilan dari China melebihi 300 orang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China