Forum Tuole mengenai Kerjasama Kapasiti Pengeluaran Antarabangsa China-ASEAN kedua diadakan di bandar Liupanshui, provinsi Guizhou China semalam.
Forum kali ini yang bertemakan "terlibat dengan jalan sutera maritim, menggalakkan kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa", telah mencapai hasil dengan pemeteraian pelbagai perjanjian kerjasama antara pihak-pihak terlibat.
Selain forum mengenai kapasiti pengeluaran antarabangsa, pelaburan, tenaga dan bahan pembinaan, pertanian dan makanan, serta pelancongan, forum melibatkan data besar dan pembuatan perkakasan pintar juga diadakan untuk pertama kali.
Hasil Forum Tuole termasuk dua dokumen penting, iaitu Pelan Tindakan Industri dan Perdagangan Kerjasama Kapasiti Pengeluaran Antarabangsa China-ASEAN serta pelan pembangunan pelancongan pergunungan.