Cari:
Malaysia akan Galakkan Globalisasi Ekonomi
2017-11-10 21:27:37 CRI Cetak

Malaysia akan terus menggalakkan proses globalisasi ekonomi kerana negara itu mendapat manfaat daripada globalisasi dan perdagangan bebas.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC CEO Summit) di Da Nang, Vietnam hari ini.

Beliau berkata, sebagai tuan rumah sidang kemuncak APEC 2020, Malaysia akan terus menggalakkan globalisasi ekonomi, memelihara sistem perdagangan multileteral yang bebas dan terbuka agar mewujudkan pertumbuhan inklusif.

Beliau menegaskan bahawa pelbagai entiti ekonomi harus berusaha menangai cabaran akibat globalisasi.

Najib turut memberikan penilaian tinggi terhadap inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) anjuran China. Beliau menganggap inisiatif ini dapat menyatupadukan pelbagai entiti ekonomi untuk membangun bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China