Cari:
Xi Jinping Tiba di Vietnam
2017-11-10 17:27:02 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping tiba di Da Nang, Vietnam petang tadi untuk menghadiri Sidang Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25 dan mengadakan lawatan rasmi ke Vietnam.

Ketibaan Persiden Xi dialu-alukan dengan satu majlis sambutan yang meriah.

Xi ketika menyampaikan ucapan di lapangan terbang berkata, beliau mewakili PKC, kerajaan dan rakyat China menyampaikan harapan baik kepada Parti Komunis Vietnam, kerajaan dan rakyat negara itu.

Menurut beliau, China dan Vietnam merupakan negara jiran yang bersahabat. Kedua-dua negara memiliki sistem politik yang sama, jalan pembangunan hampir sama, sekali gus berkongsi nasib. Hubungan China dan Vietnam berkembang baik dan tahap kerjasama kedua-dua negara semakin meningkat dalam tempoh 67 tahun selepas terjalinnya hubungan diplomatik.

Pada zaman baharu ini, hubungan perkongsian strategik antara kedua-dua negara ini memberikan manfaat kepada rakyat masing-masing, dan juga sumbangan besar kepada keamanan, ketenteraman, dan kemakmuran serantau.

Konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua parti dan negara dapat dilaksanakan dengan baik, manakala kerjasama strategik sedang melonjak ke tahap lebih tinggi.

China mementingkan hubungan dengan Vietnam. Kata Xi, beliau menanti-nantikan peluang bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin Vietnam mengenai hubungan dua hala dan isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

Xi turut melahirkan hasrat untuk memperkukuh persahabatan tradisional, serta merancang pembangunan masa depan dan mengintensifkan hubungan perkongsian strategik China-Vietnam.

Selepas menghadiri Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC dan mengadakan lawatan rasmi ke Vietnam, Xi akan terus mengadakan lawatan rasmi ke Laos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China