Cari:
Xi Berucap Dalam Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC Ke-25
2017-11-11 20:33:46 CRI Cetak

Sidang Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25 diadakan di Da Nang, Vietnam hari ini. Presiden China, Xi Jinping menghadiri sidang kemuncak itu dan menyampaikan ucapan yang bertajuk "berganding bahu untuk merangka kerjasama Asia Pasifik yang saling menguntungkan".

Beliau menegaskan, pelbgai pihak harus menggalakkan inovasi, meningkatkan tahap keterbukaan, memacu pembangunan inklusif, memperkaya hubungan perkongsian, dan meneraju kemakmuran baharu di arena antarabangsa.

Sidang kemuncak kali ini bertemakan "membina penggerak baharu, mencipta masa depan yang dikongsi semua".

Xi dalam ucapannya menegaskan, ekonomi dunia sedang mengalami perubahan besar. Pelbagai pihak harus bertindak selaras dengan situasi baharu bagi meneraju kemakmuran pusingan baharu di dunia.

Pertama, menggalakkan inovasi dan membina penggerak pembangunan yang kuat. Inovasi sains dan teknologi serta inovasi sistem harus digalakkan serentak. Platform APEC harus dimanfaatkan untuk melaksanakan peta garisan internet dan ekonomi digital yang disusun pada tahun ini.

Kedua, meningkatkan tahap keterbukaan dan meneroka ruang pembangunan yang lebih meluas. Kita harus menggalakkan liberalisasi dan kemudahan perdagangan dan pelaburan, membentuk ekonomi terbuka, memelihara dan mengukuhkan sistem perdagangan pelbagai hala, serta berusaha mewujudkan keseimbangan semula globalisasi ekonomi.

Ketiga, mengamalkan pembangunan inklusif dan memberi lebih banyak faedah kepada rakyat.

Keempat, memperkaya hubungan perkongsian rakan dan mewujudkan situasi saling menguntungkan. Konsep komuniti berkongsi nasib harus ditegakkan, di samping meningkatkan penyelarasan dasar pelbagai negara. Mengadakan kerjsama yang saling melengkapi dan mempelajari. China bersedia meningkatkan komunikasi polisi dengan rakan-rakan di Asia-Pasifik, berganding bahu ke arah komuniti berkongsi nasib.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China